Wednesday, August 26, 2009

Majlis Berbuka Puasa,Khatam Quran & Sumbangan Hari Raya

Semua Ajk Jemaah, Staf dan Kakitangan serta pasangan masing-masing adalah dijemput hadir. Tetamu jemputan adalah semua Ex-oficio Jemaah yaitu Tuan Pegawai Daerah, YB ADUN Kota,
YDP Jabatan Agama Islam N.Sembilan dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan turut dijemput. Ketua Kg. dan Ajk Masjid Kg.Seberang Paya dan Gadong serta Ketua-ketua Belia kedua-dua kampung juga turut dijemput termasuk Pihak Pengetua Sekolah, Guru dan Kakitangan SMAHMY ulu gadong.

Program akan bermula 5.00ptg - 10.30 mlm.

Tentatif adalah saperti berikut :-

5.00ptg - 5.15ptg - Sembahyang Sunat Hajat
5.16ptg - 5.45ptg - Khatam Quran
5.46ptg - 6.00ptg - Bacaan Yassin dan Tahlil
6.10ptg - 7.00mlm - Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar Jemaah
7.20mlm- 7.35mlm - Berbuka Puasa dan Solat Magharib
7.36mlm -8.30mlm - Jamuan Makan
8.30mlm-9.45mlm - Salat Isyak dan Tarawikh
10.30 mln - Morea dan bersurai

Thursday, August 6, 2009

Dailog bersama YB Kebajikan & Wanita

Pada 9 Ogos,09 bersamaan hari Ahad,
Empat Ajk Jemaah akan hadir di Hotel Hilton
Jalan Stesen Kuala Lumpur untuk majlis Dailog
bersama YB Menteri Kebajikan dan Wanita -
Datuk Shahrizat Abd.Jalil, pukul 9.30 pg.

Pada hari sama juga Satu Van dan sabuah lori akan
ke Selayang Pej. Felcra Wilayah untuk mengambil
Pekakas Pejabat untuk dibawa ka Gadong. Perabut
pejabat berkenaan adalah sumbangan pihak Felcra.
Jemaah mengucapakan ribuan terima kasih atas
sumbangan berkenaan.

Wednesday, July 29, 2009

Kursus Pengurusan Rumah Anak Yatim

Tiga Pegawai dan Ahli Jawatankuasa akan menghadiri
kursus berkenaan pada 30,31/7/09 - 01/08/09 bertempat
Evely Resort di Kelebang Malaka.

Pada 01/08/09 pukul 11.00pg Mesyuarat MT Peyatim
akan diadakan disana, Setiausaha Baru Jemaah akan
hadir bersama Ketua Biro Asrama & Dewan Makan.

Pada 2/8/09 hari Ahad seramai 10 orang, 3 pegawai
7 orang Jawatankuasa Jemaah akan menghadiri Kursus
Pengurusan Kewangan Di Hotel Singgahsana PJ anjuran
YADIM. Program berkenaan bermula 8.00pg hingga
5.00ptg.

Tuesday, July 14, 2009

Wisma Jemaah Anak Yatim Ulu Gadong

Sijil Menduduki ( CF )

Dimaalumkan pihak berkuasa Majlis Daerah Rembau telah
mengeluarkan Sijil berkenaan baru-baru ini yaitu bertarikh
9/7/09.

pada 12/07/09 Ajk Jemaah (exco) telah menghadiri taklimat
Wakaf di Pejabat Peyatim Taman Nirwana yang dibuat oleh
YM Dr Tengku Mahmud pada pukul 2.10 ptg. Pihak Jemaah
akan mewaqaf tanah Lot 590 - 594 pekan Rembau bagi men
dirikan Rumah Anak Yatim/Miskin bagi kawasan Rembau.
Pehak Jemaah akan menguruskan waqaf ini melalui saluran
sabenar yaitu melalui MAINS secepat mungkin.

Monday, June 22, 2009

Keputusan Pemilihan AJK Sessi 2009/11

YANG DIPERTUA : Hj.EDRUS BIN HJ.ADAM
NAIB YANG DIPERTUA : HJ.ABD.RAHMAN BIN CHE TEH - KETUA BIRO
PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN
SETIAUSAHA : EN.HUSEN BIN KASIM
BENDAHARI : HJ.NORAZURI BIN TALIB
AHLI JAWATAN KUASA : EN.AZIZI BIN YOUP - KETUA BIRO ASRAMA DAN
DEWAN MAKAN
: HJ.MOHD.NOOR BIN ABD.RAHMAN - KETUA BIRO
ILMIAH DAN SUKAN
: PN.ALIZAH BINTI HJ.RASHID
: USTAZ MOHAMED JAMIL BIN OTHMAN
: PN.HJH.ALANG KHAMSIAH BINTI HJ.MOHD.SHARIF
: HJ.MOHD.BAHTIAR BIN HITAM

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke 30

Thursday, June 18, 2009

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke30 Jemaah

Assallammualaikum.
Kepada semua ahli Jemaah AGM diatas akan diadakan
pada 20 Jun,2009 bersamaan hari Sabtu Jam 10.00pg
bertempat di Dewan Hj.Mohd.Sharif Pusat Jagaan Asrama
Bakti Pendidikan Islam Hj.Mohd.Yatim Ulu Gadong Kota.
Majlis akan Diresmikan oleh YB Hjh.Zainab Exco Kerajaan
Negeri Sembilan.

Semua ahli adalah diminta hadir.

Sekian,

Setiausaha.